MUSIM CUTI MUSIM UJIAN YANG SEBENAR
Alhamdulillah, musim imtihan telah hampir tamat menandakan musim cuti musim sejuk pun tiba. Setelah hampir sebulan berjuang di medan peperiksaan, Allah SWT memberi waktu kepada kita untuk berehat sebentar daripada menghadiri kuliah. Namun, sedar atau tidak, pada waktu inilah Allah SWT sedang menguji tahap istiqamah hamba-hamba-Nya. Andai sewaktu musim imtihan dapat kita bangun malam setiap hari, mengamalkan sunnah dan lain-lain, adakah kita akan terus melakukan amalan-amalan tersebut pada musim cuti ini juga? Tepuk dada, tanya iman.
Andai kita masih
sama sewaktu imtihan dan selepasnya, ungkapkanlah
Alhamdulillah kerana Allah SWT masih menetapkan hati ini di jalan-Nya. Jika tidak, renungkan kembali tujuan kita melakukan
ibadah tersebut dan fikirkan sama ada adakah kita ini
hamba Allah atau hamba imtihan? Teruskan koreksi diri setiap waktu.
Kelebihan
masa lapang ini haruslah kita gunakan dengan sebaiknya melakukan perkara yang
dapat menambah nilai diri daripada yang baik kepada yang lebih baik. Antara
aktiviti yang dapat dilakukan sebagai seorang yang bergelar mahasiswa Mesir
khususnya mahupun mahasiswa seluruh negara amnya adalah menghadiri pengajian
berbentuk daurah kitab yang banyak dianjurkan oleh BKAN Negeri, PMRAM atau PERUBATAN. Selain itu, jaulah tarbawi sama ada ke sekitar Mesir atau ke luar negara juga
merupakan salah satu aktiviti yang baik. Ingatlah, dengan banyak berjalan melihat alam ciptaan Allah ini,
kita akan lebih mengenal Pencipta Yang Maha Agung.
Firman Allah :
Firman Allah :
"فاعتبروا يااولى الأبصٰر"
"Ambillah pelajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan tajam"
(Surah al-Hasyr , ayat 2)
"Ambillah pelajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan tajam"
(Surah al-Hasyr , ayat 2)
Akhir
kata, manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya agar dapat menambah baik peribadi
diri kita selaku mahasiswa muslim dan mukmin sejati. Saya mengharapkan agar semua ahli dapat mengambil peluang pada waktu cuti ini
dengan melakukan perkara-perkara yang mendidik jiwa ke arah kebaikan dan
pertingkatkan prestasi diri agar lebih banyak menimba ilmu dan thaqafah pada
musim cuti ini.
"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2014/2015
Salam admin. Saya lepasan STAM dan saya nak ke Mesir. Saya nak pergi di bawah naungan Wilayah KL. Macam mana saya boleh berurusan nanti? Saya STAM di Johor. Menetap di Selangor . Lahir di KL
ReplyDeletewaalaikumussalam wbt.. maaf lambat respon sebab baru perasan.
Deletekalau akhi nak datang ke mesir, dari peringkat kami akan ada wakil yang akan tolong menguruskan di Malaysia. Akhi boleh berhubung dengan ustaz Syamil buat sementara ini. ni no. telefonnya +2011 535 99798.
Kami sangat mengalu-alukan kedatangan akhi ke mesir. Sekian terima kasih.
Takpe admin. Terima kasih untuk pencerahan. ^_^ الله يفتح عليكم
Delete