BELANJAWAN YANG BIJAK

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengurniakan nikmat kepada kita . Selawat serta salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam.

             Belanjawan yang bijak merupakan tunjang yang penting dalam pembentukan kehidupan seseorang individu, pembangunan masyarakat malah kepada pembinaan negara maju dan berwawasan. Mengikut salah satu elemen dalam Maqasid Syariah iaitu hifzul Mal (penjagaan harta) Islam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menjaga dan mengurus kewangan dengan bijak.

               Pada sesi ini, Unit Ekonomi BKAWM telah mengadakan ‘Smart Entrepreneur Campaign’ sebagai satu langkah kepada ahli supaya dapat menguruskan belanjawan dengan bijak. Pelbagai aktiviti yang disusun di bawah kempen tersebut antaranya Tabung Belia, Bengkel Keusahawanan, Modal Niaga dan sebagainya.

             Melalui medium tersebut, setiap ahli dapat meningkatkan pengetahuan masing-masing dalam bidang pengurusan kewangan. Perancangan yang baik dari sudut pengurusan kewangan merupakan elemen yang penting bagi seseorang mahasiswa untuk persediaan masa hadapan terutamanya apabila berumah tangga.

                Sebagai seorang mahasiswa, kita juga sewajarnya menetapkan matlamat dalam belanjawan yang dilakukan. Ini akan mewujudkan satu aliran kewangan yang teratur dan sekaligus dapat mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan yang berlebihan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
               “ Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al-Isra’:27)

            Kita juga semestinya mengenal pasti setiap keutamaan perbelanjaan kita samada mengikut daruriyat, hajiyat atau tahsiniyat. Segelintir daripada kita hanya berbelanja mengikut kehendak tanpa mementingkan kepentingan yang akan datang. Perbelanjaan yang baik penting untuk mendapat kehidupan yang diberkati.


             Akhir kalam, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) mengharapkan setiap ahlinya dapat menguruskan perbelanjaan dengan bijak. Ini sekaligus untuk mencapai misi BKAWM sesi ini iaitu membina identiti mahasiswa Islam yang mahir bukan sahaja dari sudut akademik malah dari sudut pengurusan kewangan dan organisasi. 

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal













Nurzuliana binti Zulkarnain
Timbalan Bendahari Agung 
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2014/2015.

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]