Kenyataan Rasmi Jawatankuasa Islah Asrama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2014/2015

       
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat iman dan Islam. Menelusuri sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang pada mulanya beroperasi tanpa bangunan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) telah terbina dan menjadi pusat bagi segala aktiviti BKAWM. Demi keselesaan dan keselamatan penghuninya bagi jangka masa panjang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah memutuskan untuk melaksanakan pembaikian  dan penambahbaikan terhadap ARWP bermula satu April ini.

Sehubungan itu, pihak BKAWM telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Jawatankuasa Islah Asrama (JIA) yang diketuai oleh saya, Kaliem Rabbani bin Abdul Rashid selaku Pengarah JIA  dan dibantu oleh saudara Muhammad Ilman bin Abdul Razak selaku Timbalan Pengarah I manakala saudari Siti Hajar binti Abdullah selaku Timbalan Pengarah II. Tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membantu penghuni ARWP dalam segala urusan sepanjang proses pemindahan ke penempatan sementara.

               Proses ini akan dilaksanakan pada 21 Mac, Sabtu. Jawatankuasa akan membantu dalam penyediaan kotak bagi memudahkan urusan perpindahan ahli. Setiap penghuni asrama dibekalkan kuota kotak sebanyak 5 kotak sahaja. Tempahan kotak akan dibuka pada 10 Mac sehingga 13 Mac melalui pengarah dan timbalan pengarah. Ahli diberi masa selama 6 hari bermula dari 15 Mac sehingga 20 Mac untuk mengemas barang masing-masing. Pada 20 Mac, ahli diminta untuk mengumpulkan barangan yang telah siap dikemas di hadapan rumah bagi memudahkan pihak jawatankuasa untuk menyelenggara barangan tersebut. Keesokan harinya, proses perpindahan akan bermula.

               Harapan dari BKAWM supaya ahli dapat bekerjasama dan menghulurkan bantuan dalam proses perpindahan ini. Pihak BKAWM menyeru agar seluruh ahli BKAWM yang berada di muhafazah dan di Kaherah turut sama membantu dalam proses perpindahan pada 21 Mac, Sabtu. Bak kata pepatah, " Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."      


 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pengarah JIA
Kaliem Rabbani bin Abdul Rashid
(+201227881037)                                                                                      

Timbalan Pengarah JIA II
Siti Hajar binti Abdullah
(+201115500864)

Sekian, Wassalam

"BKAWM Keluarga Kita"
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal




















Kaliem Rabbani bin Abdul Rashid
Pengarah,
Jawatankuasa Islah Asrama (JIA)
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]