ENTREPRENEUR COURSES (ENTER’15) MENGHASILKAN USAHAWAN BERJAYA
KAHERAH, 11 Februari 2015 – Unit Ekonomi
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program keusahawanan memandangkan bidang
keusahwanan sudah semakin meluas dalam kalangan mahasiswa dewasa ini.
Program yang dinamakan ENTREPRENEUR COURSES (ENTER ’15) ini membawa tema “Towards Bussiness Mind”. Ianya telah diadakan pada 10 Februari 2015 bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berkemahiran dalam skop keusahawanan dan mampu membantu menjana ekonomi BKAWM, serta memberi pendedahan lebih mendalam berkaitan keusahawanan kepada peserta.

Seramai 29 orang
peserta, iaitu 9 orang siswa dan 20 orang siswi telah menyertai program ini. Slot pertama yang bertajuk “Strategi
Keusahawanan” yang disampaikan oleh saudara Jamal Najmudin selaku Penasihat
KPKM sesi 2014/2015 sebagai tanda bermulanya ENTER ’15 pada jam 4 petang.
Diteruskan lagi dengan pembentangan Slot kedua oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria
selaku mantan YDP BKAWM sesi 2012/2013 dengan tajuk “Pengurusan Modal”.

“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment