[BERITA : GENERASI ULUL ALBAB 2017]

6 JULAI 2017, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan program Bulan Thaqafi yang dinamakan Generasi Ulul Albab 2017 (GENE’17).  Sasaran program ini adalah untuk mahasiswa/wi BKAWM khususnya. Program bermula pada 6 Julai sehingga 31 Julai 2017.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah menghidupkan budaya ilmu, mempertingkatkan pengetahuan ahli dalam semua aspek dan meningkatkan kemahiran dari sudut thaqafah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti daurah kitab, tayangan video bahasa arab, tazkirah ahli dalam bahasa arab dan bahasa inggeris, pembacaan kalimah jadidah, forum isu semasa iaitu berkenaan dunia Islam, pertandingan kuiz ilmiah, mengadakan hari perubatan, bengkel penulisan dan terjemahan kutaib. Semoga aktiviti yang dilakukan dapat menambahkan thaqafah dalam setiap aspek.

Seterusnya, pada 6 Julai program majlis perasmian bertempat di Asrama Bahahru Wilayah Persekutuan bermula dengan perasmian oleh saudara Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh, Penasihat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 dan ucapan pengarah GENE ’17 saudara Illyas bin Sabirin yang menyeru kepada ahli supaya mengambil manfaat dengan sebaiknya dalam program thaqafah yang dianjurkan oleh BKAWM. Majlis diserikan lagi dengan gimik perasmian menandatangani bahan gimik berbentuk buku.

Seterusnya, majlis perasmian penutupan Generasi Ulul Albab 2017 (GENE’17) pula diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan pada 31 Julai. Majlis bermula dengan ucapan daripada perasmi, saudari Ayeshah binti Awallul Azmi selaku Penasihat BKAWM sesi 2016/2017 dan diserikan lagi dengan persembahan nasyid PARADISE serta penyampaian hadiah untuk pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan. Seterusnya, ahli disajikan dengan jamuan.

Akhirnya, harapan agar  program yang dijalankan dapat menambah thaqafah ahli BKAWM seterusnya dapat diamalkan di samping mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli.

Disediakan oleh:
Muhammad Yasin bin Awang,
Setiausaha,
Generasi Ulul Albab 2017 (GENE'17) BKAWM sesi 2016/2017

"Mahasiswa Berilmu, Penggerak Ummah"

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]