[PENGUMUMAN : PENGARAH SPR BKAWM 2017 TELAH DILANTIK]



Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM pada tarikh 13/8/2017 telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya 2017 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  bagi sesi 2017/2018.
Oleh itu, peringkat BKAWM telah melantik Saudara Muhammad Alieff Farhan bin Mohd Sanip sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya 2017 dan Saudari Hanis Madihah binti Meor Hamdan sebagai Timbalan Pengarah bagi mengetuai pemilihan tersebut.
Kenyataan Rasmi Pengarah akan dikeluarkan bagi memaklumkan perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya 2017.

Untuk mengetahui tentang perjalanan SPR BKAWM pada kali ini, sila layari Laman Facebook Rasmi SPR BKAWM, https://www.facebook.com/Suruhanjaya-Pilihanraya-BKAWM-331058013899263/ dan Blog Rasmi iaitu bkawm2u.blogspot.com.

Sekian terima kasih.

Muhammad Shafie bin Abdul halim,
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]