[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 ]



[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 ]

KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 (MAT-20) BKAWM telah berjaya dilaksanakan di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

  Antara objektif penting MAT-20 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.”

  Program MAT-20 BKAWM membuka tirainya pada 19 Oktober 2018 dengan Tazkirah Subuh Khas yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Aimi Akmal bin Zaini, Fasilitator Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan tajuk “Aplikasi Syura dalam Kesatuan”. Penyampaian hadiah kepada pengisi telah disempurnakan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018, saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib.




  Pada 20 Oktober 2018, program MAT-20 BKAWM diteruskan lagi dan dimulakan dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna, lagu tema serta ucapan perasmian oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Penasihat BKAWM sesi 2017/2018. Seterusnya, bermulalah mesyuarat sesi 1 & sesi 2. Pada jam 12.15 tengah hari, program diberhentikan seketika untuk memberi laluan menunaikan solat zohor dan makan tengah hari. Program diteruskan dengan sesi 3, slot laporan kewangan dan usul. Masuknya waktu asar, mesyuarat sekali lagi diberhentikan. Kemudian disambung dengan slot muhasabah dan cadangan, pelantikan juruaudit sesi 2018/2019, kalam akhir pimpinan sesi 2017/2018 dan pembubarannya yang dikelolai oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM.



  Seusai solat maghrib, majlis diteruskan dengan pengenaln Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM sesi 2018/2019 dan dilanjutkan dengan ucaptama Yang Dipertua BKAWM sesi 2018/2019 serta perbahasan ucaptama Yang Dipertua. Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video mengenai program-program yang telah dijalankan sepanjang sesi 2017/2018 dan persembahan daripada kumpulan nasyid yang tidak asing dalam kalangan ahli-ahli BKAWM iaitu Paradise. Program MAT-20 BKAWM melabuhkan tirainya dengan penyampaian sijil dan hadiah serta sambutan hari lahir BKAWM kali ke-20.




  Pihak program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus menyumbang masa, wang, dan tenaga demi menjayakan program MAT-20 BKAWM ini. Tidak dilupakan juga kepada semua yang menyokong dan membantu dari segi kewangan dan tenaga secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah mengira khidmat dan bakti kita terhadap BKAWM sebagai amal ibadah yang menjadi bekalan di akhirat kelak, Insha Allah.

Disediakan oleh:
Nik Ilham Fatini binti Zainuddin,
Timbalan Setiausaha,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 (MAT-20) BKAWM sesi 2017/2018

“Mahasiswa Cemerlang, Kepimpinan Terbilang”

“Menjunjung Kesatuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]