[ BERITA: SERAMBI GABUNGAN WILAYAH PERSEKUTUAN ]



[ BERITA: SERAMBI GABUNGAN WILAYAH PERSEKUTUAN ]

KAHERAH, 25 Oktober 2018 - Telah diadakan Serambi Gabungan Wilayah Persekutuan di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

Serambi Gabungan dimulakan dengan sesi pengenalan AJKT HEWI BKAWM sesi 2018/2019 bermula dengan pengenalan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR). Seterusnya, Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP), kemudian, Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), diikuti pula dengan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI), seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA), Lajnah Perancang (LP), dan diakhiri dengan Jabatan Yang-Dipertua (YDP).


Dalam slot ini juga diterangkan skop tugasan setiap unit dan lajnah yang bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli di samping untuk memudahkan segala urusan di masa akan datang.



Program diteruskan lagi dengan slot Pelancaran Discussion Group yang dikelolakan oleh saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2018/2019. Dalam slot ini, diperkenalkan nama-nama ketua bagi setiap Discussion Group yang merupakan satu medium bagi ahli untuk mengeratkan ukhuwah, berkongsi pendapat dan masalah, menambah pengetahuan serta medium untuk mendidik diri dan jiwa.

Semoga pimpinan sesi ini dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya di samping dapat mengimbangkan diri dalam segenap aspek sebagai seorang muslim. Tidak dilupakan juga buat seluruh ahli agar membantu gerak kerja pimpinan dalam apa jua cara.

Semoga Discussion Group dapat dijalankan dengan sebaiknya. Dengan berkat doa, amalan dan usaha, semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua.


Disediakan oleh:
Muhammad Aizat bin Ahmad Lutfi,
Setiausaha,
Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) BKAWM sesi 2018/2019


“Menjulang Keilmuan, Menjunjung Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]