[ BERITA: JAULAH ABOU ELA' ]


[ BERITA: JAULAH ABOU ELA' ]

KAHERAH, 6 & 8 November 2018 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan Jaulah ke Abou Ela’ di bawah seliaan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2018/2019 pada tarikh 6 November bagi siswi dan 8 November bagi siswa.

Aktiviti ini bertujuan memberi ruang kepada semua ahli membuat persediaan bagi menghadapi musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi. Setibanya peserta di kawasan Abou Ela', peserta dibawa ke Masjid Sultan Abu al- 'Ila bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan berpeluang menziarahi makamnya serta diberi sedikit penerangan berkaitan Sultan Abu al-Ila'.

Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat keselamatan. Selepas itu, peserta bergerak ke pasar mengikut pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan dan diberi tempoh masa sehingga jam 9.30 malam.


Aktiviti yang dilakukan saban tahun oleh Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah ini tidak lain dan tidak bukan dengan tujuan memastikan kebajikan seluruh ahli BKAWM sentiasa terjaga. Semoga dengan aktiviti yang dilakukan ini dapat mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli serta di samping keredaan Allah SWT.

Disediakan oleh:
Setiausaha,
Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2018/2019


"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]