[ FEST ‘19: MUAMALAT DILAKSANA, EKONOMI DIJANA ]


KAHERAH, 13 Mac 2019 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah berjaya mengadakan program Wilayah Persekutuan Food Festival 2019 (FEST ’19) selama empat hari. Program ini telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan Hayyu Sabie'. Seramai 22 orang ahli jawatankuasa pelaksana program dan 59 orang ahli jawatankuasa kecil diperuntukkan. 

Antara objektif penting FEST ’19 ialah menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping itu membuka ruang kepada ahli untuk menjana kewangan. Program ini juga bertujuan menerapkan urusniaga berlandaskan perundangan Islam dan mewujudkan suasana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir.



Sebanyak 10 gerai yang dibuka terdiri daripada 7 gerai makanan bagi penender siswa, 2 gerai makanan bagi penender siswi dan satu gerai air yang dioperasi oleh pihak program sendiri. Gerai-gerai yang beroperasi menyediakan pelbagai juadah yang menarik antaranya ialah Nasi Lemak Ayam Bakar, Yong Tau Foo, Popia Basah, Laksa Lagend dan lain-lain. Manakala di peringkat BKAWM telah membuka gerai air dan menghidangi pelbagai jenis air seperti ice blended, air citarasa malaysia, dan air tema iaitu Fest Flora. 

Di bahagian lobi dan ruangan makan ada dibuka beberapa booth sebagai tatapan para pengunjung mendapatkan maklumat seperti booth Unit Biah Solehah dan Arkib dan Nostalgia. Pengunjung boleh melawat ke booth sambil menunggu hidangan sampai. Juga diadakan photobooth bagi siswa dan siswi yang ingin bergambar kenang-kenangan yang bertemakan landscape. 


Program bazar ini dimeriahkan lagi dengan indoor game yang diadakan setiap hari selapas waktu Asar dan Isyak. Bagi siswa diadakan di lobi, manakala siswi diadakan di ruangan makan siswi. Antara permainan yang dimainkan ialah tiup tisu, teka gula-gula dalam balang, flip bottle dan banyak lagi. Penyertaan dibuka kepada semua pengunjung yang hadir dan disediakan hadiah bagi setiap pemenang. Turut diadakan beberapa pengisian yang disampaikan oleh dj mengikut tajuk yang disediakan seperti pengenalan Unit Baitul Muslim dan HISBAH. Para peserta juga boleh menulis ucapan untuk dibacakan oleh dj serta mencadangkan lagu yang akan dimainkan. 

Seterusnya, program FEST ’19 juga telah mengadakan malam penutup pada malam terakhir program. Dimulai dengan ucapan pengarah program saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin tentang harapan program ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang. Kemudian majlis diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid Paradise yang telah dijemput bagi menghiburkan pengunjung pada malam terakhir program berlangsung. 

Program FEST ’19 ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan posting gambar berserta kapsyen dan gerai terbaik yang diadakan dengan harapan agar program ini dapat mengeratkan ukhuwah dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim  antara ahli BKAWM. 

Akhir sekali, diharapkan agar program ini juga dapat memberikan pengalaman yang sungguh bermakna antara ahli BKAWM sendiri.

“Muamalat Dilaksana, Ekonomi Dijana”

“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Disediakan oleh:
Muhammad Aizul Farzan bin Abdul Rahman,
Setiausaha Wilayah Persekutuan Food Festival 2019 (FEST ’19).

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah