[ BERITA: HARI ANUGERAH PRESTASI DAN AKADEMIK 2019 (PRESTIGE '19) ]





KAHERAH, 23 OKTOBER 2019- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan suatu program yang dinamakan Hari Anugerah Prestasi dan Akademik 2019 (PRESTIGE ’19) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada anak Wilayah Persekutuan yang berjaya dan cemerlang dalam akademik daripada semua bidang pengajian sama ada pengajian islam mahupun perubatan. Dalam masa yang sama, ianya untuk memberi penghargaan kepada ahli yang komited dengan BKAWM.




PRESTIGE ’19 telah dimulakan dengan penyampaian tausiah daripada Sheikh Habibullah Hassan Ahmad, Pensyarah Aqidah dan Falsafah, Universiti Al- Azhar. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir.






Majlis diserikan dengan kalam perasmian yang disampaikan oleh Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Muhammad Azrul bin Ismail kemudian disambung dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang peperiksaan baru-baru ini. Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Jabatan Yang Dipertua bagi memberi penghargaan kepada ahli-ahli yang komited dan banyak memberi sumbangan kepada BKAWM.


Seterusnya, majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid PARADISE disusuli dengan tayangan video dan jamuan makan. Pihak program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program secara langsung atau tidak langsung.

Semoga dengan program yang diadakan dapat memberi semangat kepada semua ahli untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran disamping mengeratkan ukhuwah sesama ahli. 

Disediakan oleh,
NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD RAHMAN, 
Timbalan Setiausaha,
Hari Anugerah Prestasi dan Akademik 2019 (PRESTIGE ’19),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 

“Mahasiswa Cemerlang Pemangkin Keutuhan Kesatuan”

“Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]