[BERITA: EID QURBAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (EID QURBAN ‘20)]

KAHERAH,30, 31 Julai, 1 dan 2 Ogos 2020 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020 telah mengadakan program Eid Qurban Wilayah Persekutuan 2020 (EID QURBAN ‘20) selama empat hari yang bertempat di Asrama  Wilayah Persekutuan Baharu.


Pada hari pertama program, telah berlangsung majlis perasmian yang dirasmikan oleh Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Azrul bin Ismail dan perutusan Aidiladha daripada Yang Dipertua BKAWM, Saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri.


Pada hari kedua, program dimulakan dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Kemudian diadakan tazkirah khas yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Bazli bin Zakaria serta program gotong royong dan penyediaan tempat penyembelihan dan melapah.


Antara objektif program kali ini ialah:

1. Meraikan sambutan Aidiladha dalam norma baharu.

2. Mendidik jiwa untuk bersifat tabah dan sabar dalam mentaati perintah Allah.

3. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak Wilayah Persekutuan.

4. Memupuk sifat empati dan sedia berkorban dalam menjalankan aktiviti korban.

Seterusnya, pada hari ketiga sesi penyembelihan dan melapah binatang korban telah dilaksanakan. Aktiviti ini telah disertai oleh anak-anak Wilayah Persekutuan yang masih berada di bumi Mesir. Di samping itu, jamuan juga dihidangkan buat ahli yang hadir bersama-sama membantu dan menjayakan program tersebut.


Jamuan Raya pula diadakan pada hari terakhir program EID QURBAN '20. Jamuan telah diagihkan kepada setiap rumah.

Akhir sekali, pihak program mengharapkan agar program kali ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan dan memupuk sifat pengorbanan dalam diri mereka walaupun dikala musibah pandemik Virus Korona sedang menular. Program juga berharap agar setiap ahli dapat mengambil manfaat serta merasai pengalaman menguruskan ibadah korban itu sendiri. 


Disediakan oleh:

MUHAMMAD IMRAN BIN SHAUQI,

Setiausaha,

Eid Qurban Wilayah Persekutuan 2020 (EID QURBAN '20), 

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020. 


"Syariat Ditaati, Ibadah Dihayati"


"Memperkasakan Kebajikan,

Melestarikan Kesatuan"

"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]