[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2020/2021 ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta
petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Berkat perjuangan baginda, kita masih bernafas dengan kalimah
syahadah.

Sesi 2019/2020 kian melabuh, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) BKAWM. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baharu pimpinan BKAWM yang akan datang.

Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2):
"........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran
AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2
orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
(BKAWM) sesi 2020/2021 yang telah dipersetujui  adalah seperti berikut:

1. Muhammad Faiz bin Mohamad Shaharin

2. Khairul Ieman bin Azmi

3. Nur Alia Farhana binti Mohd Zaki

4. Nur Qasdina binti Mohd Ihwan

Besar harapan kami agar seluruh ahli BKAWM memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan BKAWM yang akan datang.

Siiru ala barakatillah.

Yang menjalankan tugas,
WAN MUHAMMAD ASIF HIDAYAT BIN SHARUDIN
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
BKAWM sesi 2019/2020

"Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]