[ BERITA: JAWATANKUASA ROMBAKAN ASRAMA 2020 (JRA '20) ]

KAHERAH 31 Disember 2020, 1 Januari 2021- Jawatankuasa Rombakan Asrama 2020 (JRA ’20)  telah berjaya dilaksanakan di Asrama Wilayah Persekutuan melalui kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).
Antara objektif JRA ’20 ialah membantu dalam urusan proses rombakan penghuni Asrama Wilayah Persekutuan, memberikan kediaman yang kondusif dan selesa kepada penghuni asrama dan merapatkan ukhuwah sesama penghuni Asrama Wilayah Persekutuan.


Proses rombakan asrama dimulakan pada 29 Disember 2020 dengan taklimat rombakan dan perpindahan yang diberikan oleh Pengarah JRA ’20, saudara Khairul Ieman bin Azmi kepada wakil setiap rumah.

Pada 31 Disember 2020, jam 3.30 petang telah berlangsung secara serentak proses pemusatan barang ke kafe kedua-dua asrama.
Pada 1 Januari, jam 1.30 petang bermulalah perpindahan yang melibatkan kedua-dua asrama dengan menggunakan 2 buah lori bersaiz sederhana besar. Perpindahan ini melibatkan 27 orang:- 5 orang siswa dan 22 orang siswi. Setelah selesai proses perpindahan yang melibatkan kedua-dua asrama, proses disambung dengan aktiviti perpindahan penghuni asrama mengikut aras.

Dengan kerjasama ahli-ahli asrama, proses perpindahan berjalan lancar. Aktiviti tersebut telah selesai pada jam 6 malam. Ahli-ahli telah dihidangkan dengan makanan malam dan seterusnya disambung dengan aktiviti gotong-royong di rumah masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana program yang telah bertungkus-lumus menguruskan aktiviti perpindahan ini agar berjalan dengan lancar serta ahli-ahli asrama yang membanting tulang menjayakan rombakan ini. Semoga Allah membalas kebaikan dan keikhlasan kita dalam bekerja untuk Islam dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah.


Disediakan oleh:
MUHAMMAD RUSLI AKMAL BIN MOHD HAFIZ,
Setiausaha,
Jawatankuasa Rombakan Asrama 2020 (JRA ’20) BKAWM sesi 2019/2020

“Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”  

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]