[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

KAHERAH, 22 FEBRUARI 2021 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2021 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Wilayah Persekutuan Lama dan Surau, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu. 

 Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2021. 

 Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (LKSR) diikuti dengan Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP). Seterusnya Lajnah Pendidikan dan Pengetahuan (LPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Seterusnya, beralih kepada Yang Dipertua (YDP) dan Penasihat BKAWM sesi 2021. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan AJKT di sebelah siswa dan diakhiri dengan HEWI. 
  Majlis diakhiri dengan gimik penyerahan portfolio kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021. 

Disediakan oleh:
KHAIRUL IEMAN BIN AZMI,
Setiausaha Agung BKAWM sesi 2021 

“Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]