[KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

 


8 DISEMBER 2022: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM. 


Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa/wi Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.


Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2022/2023 akan bermula pada awal bulan Januari 2023. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2022/2023 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 9 Disember 2023.


Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa/wi Islam di bumi Mesir.


Pihak BKAWM mengharapkan agar seluruh mahasiswa/wi Wilayah Persekutuan di bumi Mesir ini dapat memanfaatkan masa dan ruang waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin bagi melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.



NURIL ANWAR BIN IBRAHIM,

Timbalan Yang Dipertua,

Merangkap Ketua Lajnah Perancang,

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2022/2023.


"Kefahaman Diungguli, Kesatuan Diteguhi"

"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]