Posts

[ MAKLUMAN: CARTA ORGANISASI BKAWM SESI 2015/2016 ]

Image
Berikut adalah carta organisasi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM sesi 2015/2016: "Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[IHYA JUMAAT SIRI 1 - TAFSIR ALI IMRAN:31]

Image
[Ihya Jumaat Siri 1- Tafsir Ali-Imran:31] Erti mencintai dan mengagungkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sebenarnya adalah, Allah ‘azza wa jalla berfirman: قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ “Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah SWT, maka ikutilah (sunnah)ku, nescaya Allah SWT akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)

TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

Image
27 NOVEMBER 2015: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan visi BKAWM yang kedua, iaitu “Meningkatkan kecemerlangan akademik dan penguasaan thaqafah”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.

Jadual Bertugas Pejabat BKAWM sesi 2015/2016

Image
                          Pejabat BKAWM akan beroperasi mengikut Jadual Perkhidmatan dan Urusan seperti di atas. Untuk urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang telah dinyatakan boleh merujuk kepada AJKT yang berkaitan. Adapun pada hari yang lain  pejabat akan beroperasi seperti biasa mengikut jadual di bawah.               Sebarang urusan pada waktu cuti boleh dikemukakan terus kepada Jabatan Setiausaha Agung Bkawm pada nombor berikut: Setiausaha Agung: Amirul Hakim bin Mohd Razib (+201151161691) Timbalan Setiausaha Agung: Nabihah binti Ahmad Rosdi(+201002627765) Sekian, harap maklum. "Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu" 

MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI

Image
MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI K AHERAH, 19 November 2015– Sekali lagi sejarah menyaksikan Majlis Kesyukuran 3.0 (Masyuk 3.0) yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Dewan Sri Putra, ARWP semalam. Masyuk 3.0 yang bertemakan “Budi Dihulur, Zahirkan Syukur” bertujuan untuk melahirkan rasa syukur dan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM selepas beberapa aktiviti besar yang memerlukan banyak tenaga daripada ahli BKAWM sendiri iaitu perpindahan asrama dari ASWP ke ARWP, Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 serta kedatangan delegasi MAIWP dalam tempoh jarak masa yang sangat dekat.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17 DAN MALAM APRESIASI 2015 (MAT 17)

Image
KAHERAH, 5 November 2015- Bertepatan tarikh 14 Oktober 2015 yang lalu, bersamaan hari Rabu, 1 Muharram 1437H, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah berjaya mengadakan sebuah program tahunan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 dan Malam Apresiasi (MAT 17) bagi sesi 2014/2015 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Lokasi Pentadbiran BKAWM

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) ingin memaklumkan bahawa pentadbiran BKAWM akan mula beroperasi di lokasi asal iaitu di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street, 7th District, Nasr City, Cairo. Segala urusan yang berkaitan bolehlah dilakukan di lokasi yang dinyatakan. Sebarang permasalahan, sila hubungi: Setiausaha Agung - Amirul Hakim bin Mohd Razib (+201151161691) Timbalan Setiausaha Agung - Nabihah binti Ahmad Rosdi (+201002627765) Sekian, harap maklum. AMIRUL HAKIM BIN MOHD RAZIB Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Sesi 2015/2016 "Memperkasa Kefahaman, meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga kita" "Bersama Bersatu"