MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI




MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI
KAHERAH, 19 November 2015– Sekali lagi sejarah menyaksikan Majlis Kesyukuran 3.0 (Masyuk 3.0) yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Dewan Sri Putra, ARWP semalam. Masyuk 3.0 yang bertemakan “Budi Dihulur, Zahirkan Syukur” bertujuan untuk melahirkan rasa syukur dan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM selepas beberapa aktiviti besar yang memerlukan banyak tenaga daripada ahli BKAWM sendiri iaitu perpindahan asrama dari ASWP ke ARWP, Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 serta kedatangan delegasi MAIWP dalam tempoh jarak masa yang sangat dekat.
            

          Selain itu, bagi menghadapi musim peperiksaan yang semakin hampir, Slot Motivasi Kecemerlangan turut diadakan dalam Masyuk 3.0 yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz Naim bin Raduan, Graduan Universiti Al-Azhar untuk berkongsi tips-tips belajar. Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti solat hajat dan bacaan yasin, majlis ramah mesra bersama AJKT BKAWM sesi 2015/2016, pelancaran kempen serta pelantikan fasilitator, musyrif dan ketua rumah. Sebelum tamatnya Masyuk 3.0, majlis diakhiri dengan upacara yang dinantikan iaitu tayangan video kempen dan video rasmi BKAWM.


Pihak BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli yang terus bersama-sama mendukung BKAWM sama ada dalam senang mahupun susah. Semoga  setiap penat lelah yang kita hadapi bersama mendapat keberkatan dan diterima di sisi-Nya. Bersama Bersatu! BKAWM Keluarga Kita!

“Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]