FESTA: Talkshow 'Kau Aku, Kita Satu'

Dewan sri putra,18 Mac: FESTA '10 kali ini bertemakan 'kau aku,kita satu' telah menarik perhatian ahli. FESTA pada malam kedua telah diadakan talkshow 'kau aku,kita satu' yang dibentangkan kepada sidang hadirin fokus hisbah dan kebajikan.

Ahli panel ustaz Hisyam Zakaria selaku pengerusi Hisbah dan Ustazah Aminatul Saheera Che An selaku Ketua Lajnah Kebajikan BKAWM sesi ini.

Talkshow yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamizan abd Karim dibantu oleh dua orang moderator siswa dan siswi iaitu Ustaz Norhalis Syafiq dan Ustazah
Liyana Ahmad.

Talkshow yang membicarakan soal kebajikan dan hisbah itu amat memberikan kesan kepada sidang hadirin terutamanya bagi ahli BKAWM, bersesuaian dengan tema FESTA '10 'kau aku,kita satu'. Fokus yang membicarakan kebajikan di BKAWM dahulu,sekarang dan akan datang yang telah dikupas oleh Ustazah Aminatul Saheera selaku yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli BKAWM.

Hisbah juga antara topik yang hangat dibincangkan pada malam tersebut, antara yang disentuh Ustaz Hisyam ialah soal rasional keberadaan Hisbah di Mesir terutamanya yang disebut ialah visi nahi munkar terhadap gejala yang melanda mahasiswa/wi di Mesir ini.
Talkshow berakhir pada jam 11:00 malam dan pada malam tersebut bazar telah ditunda hingga jam 12:00 am bagi meraikan mereka yang telah mengikuti talkshow.
















*Lawati gambar di Galeri BKAWM2U
*Tanda bintang dibawah jika anda suka aktiviti ini

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]