Saluran Alternatif Untuk Pengajian Masyaikh Al-Azhar

Pihak Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM dengan ini mengumumkan bahawa, satu blog pengajian masyaikh Al-Azhar telah dibangunkan bagi memuatkan rakaman video siri-siri pengajian yang diadakan di Masjid Al-Azhar dan di tempat-tempat lain iaitu http://www.tvalazhar-pmram.blogspot.com/.

Ia adalah sebagai alternatif bagi mereka yang kurang berkesempatan bagi menghadiri pengajian-pengajian tafaqquh fiddin yang didakan di Masjid Al-Azhar itu sendiri ataupun di masjid-masjid sekitarnya. Di samping itu juga, ia dibangunkan bagi memudahkan rakyat-rakyat di Tanah Air, Malaysia mengikuti siri-siri pengajian yang diadakan di masjid-masjid di Mesir ini.

Antara rakaman yang dimuatkan di dalam blog ini adalah pengajian Syeikh Dr Jamal Faruq al Daqqaq al Hasani al Hanafi, Syeikh Dr Yusri Sayyid Jabr al Hasani dan Syeikh Sayyid Syaltut. Antara kitab-kitab yang diajar ialah Minhaj Tolibin, Kitab Syarh al Sowi 'Ala Jauharah al Tauhid, Kitab Sunan Abi Daud dan sebagainya.

Untuk melayarinya, bolehlah ke http://www.tvalazhar-pmram.blogspot.com/ Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warganegara Malaysia yang berada di Mesir ataupun di Malaysia sendiri.-ehsan dari PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]