Derma Kilat : Bayi Memerlukan Kos Pembedahan Jantung LE 50,000


KAHERAH, 2 Jun – Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, begitulah suatu ungkapan yang dialami oleh sepasang suami isteri yang baru sahaja menerima kehadiran seorang cahaya mata lelaki.

Dalam keadaan si ayah dan si ibu ingin menimang si cahaya mata dalam keadaan kegembiraan, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita bahawa bayi lelaki itu mempunyai masalah simptom komplikasi jantung yang memerlukan pembedahan yang cepat dan intensif. Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan menyeru kepada seluruh ahli PMRAM di bumi Mesir ini agar dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh pasangan suami isteri itu.

“Sebagai persatuan induk yang menaungi 20 PMRAM Cawangan di bumi Mesir ini, PMRAM menyeru kepada seluruh ahli untuk menggemblengkan kebajikan bagi membantu saudara seaqidah kita bagi mengurangkan beban yang di alami oleh beliau, mudah-mudahan dengan bantuan yang di hulurkan akan membantu kita di akhirat sana nanti, insya-Allah”, ujar Naib Presiden III Saudara Mohd Farkhan Mat Zin.

Beliau berharap dengan bantuan yang dihulurkan oleh seluruh mahasiswa di bumi Mesir ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang di alami oleh pasangan suami isteri tersebut. Beliau yang ditemui selepas pertemuan dengan Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime dan Presiden PPMI Saudara Muhammad Taufik Muhammad Akhyar Rifki di Pejabat PMRAM semalam.-sumber www.pmram.org

*Bagi ahli wilayah baik furu' atau di Kaherah yang ingin buat sumbangan, boleh terus salurkan kepada Lajnah kebajikan BKAWM sdri aminatul saheera (011876057) dan sdr Roslizan (0143539100).

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]