Selamat Pulang Dan Semoga Ukhuwah Terjalin Erat - YDP BKAWM


Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan sekian alam, selawat dan salam keatas Nabi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, serta setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi kita dapat teruskan kehidupan dan mengecapi nikmat iman dan islam.

Sekali lagi dunia menyaksikan sejarah besar di bumi anbi’a ini apabila berlakunya pergolakan politik dan proses revolusi dengan kebangkitan rakyat sehingga berlakunya satu tempoh darurat yang memaksa pelajar-pelajar di bumi mesir ini pulang ke tanah air. Di dalam tempoh hampir dua bulan ini, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) terus menabur bakti dalam menjaga kebajikan anak-anak Wilayah dan ini merupakan satu pengalaman yang berharga bagi pimpinan BKAWM sesi 2010/2011.

Di setiap ujian ada hikmahnya, begitulah yang dilalui oleh BKAWM sepanjang tempoh darurat ini, keletihan dalam menjamin keselamatan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir (ARWP) di malam hari, kerumitan dalam menguruskan pelajar pulang ke Malaysia, dan pelbagai ujian pula dalam mengurus pelajar pulang semula ke bumi mesir. Namun disebalik itu kita dapat lihat bahawa semakin ramai ahli yang mampu memberi komitmen yang tinggi bersama-sama BKAWM dan hubungan ukhuwah sesama ahli kian subur.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Wilayah Persekutuan, ibu bapa yang prihatin, serta kepada semua pihak yang memberi bantuan kepada ana-anak Wilayah dalam proses pulang semula ke bumi Mesir. Semoga dengan bantuan-bantuan ini dapat menyuntik semangat kepada semua pelajar dalam menimba ilmu dunia dan akhirat.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan selamat pulang ke bumi mesir kepada seluruh ahli BKAWM, semoga dengan segala pengalaman yang kita lalui bersama ini dapat memberikan satu anjakan paradigma kepada kita untuk terus teguh bersama dalam menjamin ukhuwah islamiah dan gerak kerja dakwah dapat di teruskan. Sepanjang Ops Piramid ini juga telah membuktikan bahawa kukuhnya kita bersama di bawah satu kesatuan iaitu Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).
Semoga dengan kepulangan ke bumi mesir kali ini dapat memberi semangat dan azam yang baru kepada kita semua.

‘KEUNGGULAN UKHUWAH, PEMANGKIN TARBIAH’

Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2010/2011

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]