Bersama Kepimpinan menjayakan usul MAT kali -13


Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambanya, selawat dan salam atas Nabi SAW yang begitu banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada umat yang baginda kasihi.

“Patah Tumbuh , Hilang Berganti “.. itulah ungkapan yang sinonim diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi [AJKT] dan barisan Hal Ehwal Wanita Islam [HEWI] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir [BKAWM] yang lepas dan yang baru dalam tampuk kepimpinan. Kepimpinan adalah tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran “Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan manusia yang menyeru melakukan kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran” rentetan dengan itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir [BKAWM] menyahut seruan ini dengan terus bergerak langkah demi langkah, tahun demi tahun dengan berwasilahkan kebajikan ahlinya dengan memacu kepimpinan sehinggalah pada saat ini. Kini BKAWM mencecah umur 13 tahun sejak penubuhan dan sudah selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 [MAT 13], berbagai cadangan dan pandangan telah dilontarkan oleh ahli untuk memastikan kelansungan BKAWM yang dikasihi dan disayangi ini terus mencurah bakti.

Sehubungan dengan itu, suka untuk mengingatkan kembali kalian akan beberapa usul yang telah disepakati dalam MAT-13 yang lepas bagi menyedarkan kita semua akan kepentingan bersama barisan pimpinan untuk merialisasikan usul-usul tersebut. Dibawah ini saya telah senaraikan 5 usul yang disepakati untuk kita sama-sama fikirkan dan jayakannya sepanjang sesi ini.

1. Menolak unsur-unsur yang boleh mencabul hak BKAWM dalam menjaga kebajikan ahli.

2. Menubuhkan satu jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab dalam mengkaji dan menyusun strategi bagi meningkatkan prestasi akademik ahli BKAWM.

3. Memperkasa peranan Perwakilan Mahasiswa [PERMAS].

4. Menjayakan Skim Saham Waqaf PMRAM , dengan mewajibkan ahli lama menyertainya.

5. Mewajibkan ahli membayar Tabung Kebajikan [T.K].

Akhirnya, saya menyeru dan mengajak kepada semua ahli BKAWM untuk bekerja bersama kami bagi menjayakan kelima-lima usul yang telah disepakati demi memastikan kebajikan dan kesatuan anak-anak Wilayah Persekutuan terus terpelihara. Sekian.

“Kesatuan Ukhuwah, Pemangkin Kecemarlangan”

“Kesatuan, Kebajikan, Kecemarlangan”

Mohd Mawardi Bin Mohd Zain

Yang Dipertua BKAWM sesi 2011/2012

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]