Kebajikan Ahli Menjadi Keutamaan


KAHERAH,4 Oktober 2011 - Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menjalankan derma petir sejak 3 oktober lalu bagi meringankan beban saudara Muhammad Azamuddin Bin Yahya yang telah ditimpa musibah pada Sabtu lalu.

Pada hari kejadian, beliau singgah untuk bersolat di Masjid Rabaah dan hanya menyedari beg miliknya hilang setelah selesai bersolat. Menurut saudara Muhammad Azamuddin Bin Yahya, di dalam begnya terdapat sekeping pasport miliknya dan sejumlah wang dianggarkan bernilai LE750.

Lajnah Kebajikan diwakili saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah merangkap timbalan Yang Dipertua BKAWM telah menyerahkan sejumlah wang hasil kutipan derma petir dan Tabung Kebajikan kepada saudara Muhammad Azamuddin Bin Yahya.

Barisan AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012 berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan melicinkan urusan kemasukan ke sesi baru pengkuliahan beliau. Barisan kepimpinan BKAWM melalui Lajnah Kebajikan akan terus menjadikan agenda kebajikan ahli sebagai keutamaan.

"Perkasa Ukhuwah, Manifestasi Kecemerlangan"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]