BKAWM Akan Terus Bersama Ahli.


KAHERAH, 8 Oktober 2011 – Saudara Muhammad Hilmi bin Mat Noh merupakan Exco Perubatan Pusat Tahun 4 Perubatan Al-Azhar telah mengalami kemalangan di Jalan Dairi selepas menghantar sepupu beliau di Sayyida Zainab. Kereta yang dipandu beliau telah dihimpit oleh sebuah lagi kereta sebelum terbabas ke tepi jalan. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil namun begitu kereta yang dipandu beliau mengalami kerosakan yang teruk. Kos yang dianggarkan untuk membaiki dan memulihkan kereta tersebut bernilai LE20 000.

Demi meringankan beban beliau, Lajnah Kebajikan telah menghulurkan sumbangan sebanyak LE411 hasil kutipan Derma Petir yang telah diadakan. Sumbangan telah diberikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan sesi 2011/2012, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah.

Seluruh barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 berharap agar semua ahli BKAWM dapat berhati-hati demi mengelakkan berlakunya kemalangan. BKAWM sentiasa bersikap optimis dalam membantu ahli-ahli BKAWM demi menjaga kebajikan mereka disini.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]