[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ] KAHERAH, 22 NOVEMBER 2021 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2021/2022 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Wilayah Persekutuan Lama. Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Khairul Ieman bin Azmi selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (LKSR) diikuti dengan Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP). Seterusnya Lajnah Pendidikan dan Pengetahuan (LPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Se
(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ) [Surat al-Baqarah 30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Tugas sebagai seorang khalifah adalah sangat besar. Kerana tanggungjawab untuk melaksanakan syariat Allah akan ditentang habis-habisan oleh musuh-musuh Islam. Namun, kita sebagai pemuda perlu berjiwa besar dalam berhadap
Bismillahirrahmanirrahim. Bukan mudah untuk sentiasa bersemangat dan berkeinginan yang tinggi untuk mengemas rumah, terutama sekali apabila terlalu sibuk dengan kuliah dan aktiviti berpersatuan. Pasti kebanyakan dari kita terpaksa bertempur dengan perasaan untuk mengemas rumah setelah seharian keluar untuk menimba ilmu. Namun, sebagai mahasiswa yang proaktif kita harus memastikan keadaan rumah dan bilik sentiasa teratur agar dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar dan beristirehat. Maka, saya ingin berkongsi beberapa cara mencipta semangat dalam diri untuk sentiasa mengemas rumah agar kelihatan bersih dan tersusun. Pertama, bangun pagi, senyum dan pasang tekad untuk kemas rumah bersungguh-sungguh . Mulakan hari kita lebih awal. Bangun awal dan bangun dengan semangat yang positif. Apabila kita memulakan hari lebih awal, kita lebih mudah untuk berasa rajin dan akan kurang berasa malas. Udara nyaman dan sejuk di waktu pagi akan menyegarkan kita sup
Comments
Post a Comment