MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014


MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT)
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada AJKT BKAWM Sesi 2013/2014 iaitu saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri telah memohon untuk meletakkan jawatan sebagai AJKT BKAWM bagi sesi ini oleh kerana beliau tidak lagi menyambung pengajian di Mesir dan telah pulang ke tanah air.

Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah mengambil keputusan untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi menggantikan posisi yang kosong tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang kelima (5) yang berbunyi:

“Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halangan daripada menjawat jawatan tersebut, maka AJK Tadbir berhak memilih dan melantik mana-mana ahli BKAWM untuk mengisi kekosongan dengan tidak melalui Mesyuarat Agung Khas.”

Maka, pihak AJKT BKAWM sesi ini telah bermesyuarat pada 17 November baru ini dan telah bersetuju untuk melantik saudara Ahmad Mustaqim bin Ramli, no. Keahlian BKAWM: 914 bagi menggantikan kekosongan AJKT bagi sesi ini.

Pihak BKAWM mengucapkan selamat maju jaya buat saudara Muhammad Ali Hafiz seterusnya mengucapkan tahniah dan takziah buat AJKT baru yang telah dilantik. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT dan sentiasa berada di dalam rahmat-Nya.

Sekian, wassalam.


“BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI”


MUHAMMAD SYAZWAN SYAMIL BIN MOHD RAZMAN
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2013/2014.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]