KENYATAAN YDP BKAWM "MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2014/2015"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selaut kesyukuran kita panjatkan kepadaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh pejuang dan pendukung agama Islam.

Para sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian,

Islam telah menggariskan beberapa perkara penting dalam memastikan gerak kerja amal Islami agar ianya dapat dijalankan secara kolektif. Seperti firman Allah SWT dalam surah as-Sof ayat ke-4:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang  untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.
Para sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian,

Sesi kepimpinan BKAWM 2014/2015 telah pun sampai ke tempoh separuh penggal. Oleh itu, di kesempatan ini pihak pimpinan BKAWM berhasrat untuk mengadakan sesi “Muhasabah Separuh Penggal” melalui pengisian borang di google form. Hal ini bertujuan untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk melontarkan sebarang muhasabah dan cadangan sepanjang separuh penggal yang telah berlalu sekaligus dapat melancarkan dan melicinkan lagi gerak kerja di peringkat BKAWM untuk tempoh yang berbaki.

Selain itu, pihak pimpinan BKAWM memohon maaf di atas pelaksanaan muhasabah separuh penggal untuk sesi kali ini tidak dapat berjalan seperti sesi-sesi sebelum ini yang berbentuk majlis. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah kekangan masa serta timbul beberapa perkara yang menghalang dan kami terima sebagai muhasabah.

Akhir kalam, saya Muhammad Yasin bin Awang selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 mengharapkan agar seluruh ahli BKAWM mengambil peluang ini untuk sama-sama melontarkan sebarang muhasabah dan cadangan melalui pengisian borang “Muhasabah Separuh Penggal” di google form https://docs.google.com/forms/d/1N7AEMJlmwCOSLtT4JGj2OP1DSCIlc6suIoHQbmEL_oo/viewform. Tempoh pengisian borang dibuka selama tiga hari dari 26 April sehingga 28 April 2015. Sebarang urusan dan pertanyaan boleh terus hubungi Saudara Adam Syukri bin Mohamad di talian +201205135835.

Sekian, terima kasih.

"BKAWM KELUARGA KITA"
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan“
Satu Fikrah Satu Amal













Muhammad Yasin Bin Awang
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]