Clean To Success: Memastikan Suasana Kondusif sempena Imtihan

KAHERAH, 1 Mei 2015-  Gotong-royong sempena imtihan, ‘Clean To Success’ telah berjaya dijalankan anjuran Unit Perumahan dan Rehlah(UPR)  BKAWM sesi 2014/2015 dengan kerjasama seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), khususnya penghuni ASWP.
Setelah menambah tenaga dengan sarapan yang disediakan, seluruh ahli telah bersama-sama bertungkus-lumus membersihkan rumah kediaman masing-masing beserta kawasan yang telah ditetapkan bagi setiap rumah. Walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan menghadapi imtihan, namun semuanya bersemangat untuk memastikan ASWP khususnya berada dalam keadaan yang kondusif bagi menghadapi imtihan yang mendatang. Gotong-royong selesai kira-kira pukul 11 pagi. Tahniah kepada UPR kerana telah berjaya  meneruskan lagi pembawaan kempen Rumahku Syurgaku bagi sesi ini.


"Kediaman Islamik, Ukhuwah Dinamik "
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]