ZIARAH MAHABAH MENYUNTIK SEMANGAT SEMPENA IMTIHAN

KAHERAH, 5 Mei 2015- Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Ziarah Mahabbah 2015 pada 24 April 2015 yang lalu bagi Kepimpinan AJK HEWI BKAWM 2014/2015. Ziarah Mahabbah pada kali ini diadakan bagi mencapai objektif utamanya iaitu merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan BKAWM dengan ahli yang tinggal di rumah sewa. Selain itu, ziarah ini juga bertujuan untuk memantau kebajikan ahli terutama sekali dari sudut keselamatan serta bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

          Sebanyak lima buah rumah sewa di sekitar Hayyu Sabie berjaya dilawati pada hari tersebut. Antaranya ialah Bait Tijarah, Bait Al-Mumtazah, Bait Najihah, Bait Mithali dan Bait Puncak Kayangan. Perjalanan ke rumah-rumah sewa dimulakan tepat jam 8.00 malam. Sepanjang ziarah berlangsung, beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu taaruf sesama ahli, penyampaian Syantah Imtihan daripada Lajnah Kebajikan dan pengedaran bahan cetakan keluaran unit dan lajnah BKAWM. Selain itu, pihak saf kepimpinan yang hadir turut mengambil peluang yang ada untuk mengambil sebarang aduan permasalahan yang dihadapi oleh ahli terutama sekali dari sudut keselamatan dan kerosakan

                  “Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang terlibat dalam ziarah kali ini kerana sudi memberi komitmen dalam menjayakan Ziarah Mahabbah 2015. Tanpa ahli, maka tiada apalah pada kami, barisan kepimpinan dan juga semoga pada peperiksaan kali ini semua ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir perolehi kejayaan yang cemerlang diredai olehNya,” ujar saudari Nur Hazimah binti Mat Basri, Naib Pengerusi HEWI I BKAWM sesi 2014/2015.

          Semoga Ziarah Mahabbah yang diadakan ini benar-benar dapat mencapai objektifnya dan seterusnya dapat mengukuhkan lagi keluarga BKAWM. BKAWM Keluarga Kita!

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]