SUKAN SUNNAH: Berenang, Melatih Jasad dan Rohani

KAHERAH, 19 JUN 2015- Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan aktiviti Sukan Sunnah-Berenang yang dibawakan khas sempena tamat peperiksaan bagi anak-anak Wilayah Persekutuan pada 15 Jun yang lalu.

Aktiviti santai ini telah diadakan di Markaz Syabab Bab As-Sya’riyah, Abbasiyah dan disertai oleh 22 orang siswi. Perjalanan ke Abbasiyah dimulakan seawal jam 9.30 pagi dan didahului dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak penganjur.

Para peserta melakukan senaman khusus bagi mengelakkan kekejangan otot yang diketuai oleh Timbalan Unit Sukan UKKS, saudari Norhidayatuljannah binti Hashim. Sebelum bermula aktiviti bebas, beberapa aktiviti telah dipertandingkan bagi menghangatkan lagi suasana seperti pertandingan berjalan di dalam air dan lain-lain. Tepat jam 12.00 tengahari, majlis penutup ringkas diadakan di pusat renang tersebut. Hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh saudari Nabihah binti Ahmad Rosdi, Timbalan UKKS BKAWM sesi 2014/2015. Sebelum bergerak pulang, sesi fotografi telah diadakan di sekitar pusat renang tersebut. Semoga dengan aktiviti serba ringkas ini dapat menyuburkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM serta menghidupkan lagi sunnah Rasulullah SAW yang sangat dianjurkan di dalam Islam iaitu berenang. Juga menjadi pemangkin untuk persediaan kita bagi menghadapi Ramadan al-Mubarak.

“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
“BKAWM Keluarga Kita”
Satu Fikrah Satu Amal


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]