ZIARAH '15 : Ukhuwah Terjalin Pemangkin Kesatuan

Bagi
peringkat AJK HEWI, Ziarah '15 berlangsung di Zagazig dan Mansurah pada hari
Sabtu dan Iskandariah pada keesokan harinya.
Seramai 4 orang AJK HEWI beserta
Timbalan PERMAS BKAWM telah menziarahi ahli yang berada di Zagazig dan
Mansurah. Perjalanan pada hari Sabtu bermula seawal 10.00 pagi dengan menaiki tremco ke Zagazig. Ziarah di
Zagazig berjaya mengumpulkan ahli dalam kalangan mahasiswi Wilayah Persekutuan
di Bumi Kuda Putih tersebut. Di sebelah petangnya pula, ziarah diteruskan
lagi dengan mengunjungi ahli yang berada di Mansurah. 2 buah rumah berjaya
diziarahi di Mansurah dengan kerjasama PERMAS Wilayah Persekutuan cawangan
Mansurah yang banyak membantu bagi
memastikan kelancaran ziarah kali ini.
Pengenalan AJKT HEWI, perkongsian sejarah
BKAWM, tayangan video dan perkongsian permasalahan peringkat ahli adalah antara
agenda ziarah pada kedua-dua hari Ziarah '15 yang melibatkan ahli di 3 cawangan
ini. Kelainan yang dibawa bagi ziarah kali ini ialah dengan menziarahi rumah
ahli sebagai pendekatan yang lebih dekat dan mesra antara pimpinan dan ahli. Terbukti melalui ziarah kali ini
pelbagai masalah di peringkat ahli khususnya di cawangan berjaya disampaikan
oleh ahli di samping terjalinnya ukhuwah sesama ahli dan pimpinan.
Sekalung penghargaan ingin diucapkan kepada
semua PERMAS Wilayah Persekutuan yang berada di setiap cawangan kerana banyak
membantu menjayakan lagi ziarah kali ini. Moga ukhuwah terjalin kekal
selama-lamanya.
"Ukhuwah Terjalin Pemangkin Kesatuan"
"Pemantapan
Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah
Satu Amal
Comments
Post a Comment