Kepulangan Permata BKAWM, saudara Abdul Basit bin Abdullah

KAHERAH, 30 Oktober 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan sebuah kepulangan permata BKAWM, iaitu saudara Abdul Basit Bin Abdullah minggu lalu. Beliau merupakan seorang aktivis yang banyak menyumbangkan bakti dan tenaganya kepada BKAWM khususnya sepanjang keberadaannya di Mesir.
Sebuah Majlis Wida' telah diadakan khusus bagi meraikan kepulangan beliau pada hari tersebut. Bermula dengan Tazkirah Jumaat dan Kalam Akhir daripada beliau, diikuti dengan jamuan dan Futsal Wida' yang diadakan di Nadi Syabab, Sadis.


Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini pernah memegang portfolio sebagai Bendahari Agung BKAWM sesi 2013/2014, dan Setiausaha Agung BKAWM sesi 2014/2015. Beliau seorang yang sentiasa terkehadapan dalam memastikan kebajikan ahli BKAWM sentiasa terjaga. Graduan Maahad Qiraat Shubro ini berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2013.
Kepulangannya ke Malaysia amat dirasai oleh seluruh sahabat dan handai khususnya ahli BKAWM sendiri. Semoga segala gerak kerja dan amal yang ditaburkan sepanjang beliau mengemudi bahtera BKAWM, mendapat ganjaran dan balasan di sisi Allah SWT.
Kami BKAWM mendoakan, agar beliau tetap terus maju jaya dan berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Semoga Allah merahmati beliau.
"Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, In sha Allah kita berjumpa lagi".

"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu" "Satu Fikrah Satu Amal"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]