Majlis Anugerah Cemerlang 2015 (MAC' 15)


KAHERAH, 5 November 2015- Pada 14 Oktober 2015 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan ahli-ahli daripada pelbagai jurusan sama ada jurusan sains kesihatan mahupun pengajian Islam yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun bagi sesi pengajian 2014/2015.  Majlis yang serba meriah ini diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Wilayah Persekutuan , Kaherah sejurus selepas tamatnya persidangan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 dengan dihadiri oleh ahli-ahli termasuk ahli rumah sewa dan ahli cawangan.


                Tujuan BKAWM mengadakan majlis ini juga adalah bagi menonjolkan ahli-ahli yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik, malah turut cemerlang dalam aspek syakhsiah dan persatuan. Selain itu, majlis ini diadakan untuk memberi semangat kepada ahli yang turut hadir untuk terus berusaha keras bagi menghadapi tahun-tahun mendatang dan pasti akan lebih bertekad untuk lebih cemerlang.

                Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada ahli-ahli yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu Mumtaz (Cemerlang) dan Jayyid Jiddan (Kepujian) bagi jurusan sains kesihatan dan Jayyid Jiddan (Kepujian) dan Jayyid (Baik) bagi jurusan pengajian Islam. Jumlah keseluruhan penerima anugerah adalah seramai 41 orang. Majlis telah disempurnakan dengan penyampaian hadiah dan sijil oleh Penolong Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan , Encik Faridil Atrash bin Suhaidi. Senarai pelajar cemerlang antaranya adalah seperti berikut :

No
Nama
Pangkat
              1.
FAZLYN ILYANI BINTI AHMAD TARMIZI
MUMTAZ
          2.
MUNIRA BINTI MAHAMMAD NOOR
MUMTAZ
         3.
NURUL ATHIRAH BINTI MOHD YUSRI
MUMTAZ
        4.
AMINAH HANUM BINTI HAJI ABDUL MAJID
MUMTAZ
           5.
NOOR AIMIE BINTI MOHAMMAD NOOR
MUMTAZ
      6.
AINIL AKRIMA BINTI ABDUL KADIR
MUMTAZ
        7.
MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD FATH
JAYYID JIDDAN
       8.
AMIRUL HAKIM BIN MOD RAZIB
JAYYID JIDDAN
        9.
MUHAMMAD AIZZAT BIN MISKON
JAYYID JIDDAN
    10.
MUHAMMAD ADIB BIN NAZARUDDIN
JAYYID JIDDAN
  11.
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
JAYYID JIDDAN
  12.
MUHAMMAD ASYRAF BIN ZUBIR ALBAKRI
JAYYID JIDDAN
  13.
IMRAN BIN KASRAN
JAYYID JIDDAN
  14.
AMIRUDDIN BIN ABDUL KARIM
JAYYID JIDDAN
   15.
NUR AJLA BINTI ASNI
JAYYID JIDDAN
   16.
SITI AISHAH BINTI ISA
JAYYID JIDDAN
   17.
NURZULIANA BINTI ZULKARNAIN
JAYYID JIDDAN
 18.
ATHIRAH AQILAH BINTI ABD RAHANUDDIN
JAYYID JIDDAN
    19.
NUR SYAHIRAH BINTI AZHAM SHAH
JAYYID JIDDAN
   20.
NORHAZLINA BINTI MOHD HATTA
JAYYID JIDDAN
    21.
NUR AMIRAH BINTI MOHAMMED
JAYYID JIDDAN
   22.
NADHIRAH BINTI KHAIRUDIN
JAYYID JIDDAN
   23.
NUR ATIKAH BINTI AB RAHIM
JAYYID JIDDAN
  24.
SITI MAISARAH BINTI ABDUL RANI
JAYYID JIDDAN


Dan bagi senarai graduan pada tahun ini adalah seperti berikut :

No
Nama
Kuliah
         1.
MOHD SAUFI BIN BASARAH
SYARIAH
       2.
MUHAMAD HAFIZ NAIM  BIN RADUAN
SYARIAH
       3.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL HADI
LUGHAH
        4.
RASHIDI BIN MOHD RAFEE
LUGHAH
        5.
NURUL SYAHIDAH BINTI HAMZAH
SYARIAH
       6.
NURHAZIRAH BINTI MAT BASRI
LUGHAH
        7.
SITI FARIDAH HAMIMI BINTI PIRAMLI
SYARIAH
       8.
QIBLAT AMNI BINTI HISHAM
ULUM
        9.
TUREE MEGA ZANA BINTI HISHAM
PERGIGIAN

Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan anugerah yang begitu mendebarkan iaitu Anugerah Oscar. Penerima anugerah ini adalah dari kalangan ahli yang bergiat aktif dan banyak memberi kerjasama yang baik dengan BKAWM dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib, Perubatan Tahun 2 Universiti al-Azhar cawangan Kaherah dan Saudari Noor Aimie binti Mohammad Noor, Perubatan Tahun 5 Universiti  Iskandariah merupakan penerima bagi anugerah ini.

Harapan BKAWM agar seluruh mahasiswa-mahasiswi Wilayah Persekutuan agar sentiasa semangat dalam menuntut ilmu pengetahuan di bumi Mesir ini.


"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"                



               


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]