[BERITA: LAWATAN YANG MEMBAWA KEMUDAHAN]

KAHERAH, 22 Januari 2017 - Satu lakaran baharu buat potret sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), apabila anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir digembirakan dengan berita pengumuman Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang terletak di Hayyu Sabie',
Kaherah.




Satu sesi lawatan ke bangunan Asrama Baharu Wilayah Persekutuan telah diadakan yang disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato'Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, turut hadiri TYT Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin serta Atase-atase Pendidikan Negeri.

Sebelum berlangsungnya sesi lawatan, anak-anak Wilayah Persekutuan telah mengadakan bacaan surah al-baqarah bagi menjaga dan menjamin keberkatan pada penginapan baharu yang bakal mereka duduki, yang diketuai  oleh Saudara  Muhammad Abdul Hadi bin Ismut.


Kemudiannya satu majlis ringkas telah diadakan di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Jamil Khir. Antara pesanan beliau adalah sentiasa berusaha dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.



Seterusnya, berlangsung sesi menandatangani Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Jamil Khir sebagai tanda pemilikan sepenuhnya bangunan baharu itu kepada MAIWP, dan majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke sekitar tapak bangunan Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.




Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) amnya serta Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) khususnya, di atas kemudahan dan keselesaan yang telah diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.



Semoga dengan kemudahan yang telah diberikan ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk kita terus berusaha dalam menuntut ilmu dan akhirnya berjaya dalam peringkat akademik dan pelajaran. Selain itu, semoga hubungan di antara BKAWM dan MAIWP terus utuh dan komited dalam menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.

Disediakan oleh,
Unit Penerangan dan Penerbitan,
BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...