[ISU SEMASA: KELANTAN LUMPUH]

    

      Jarang sekali di Mesir kita menerima kehadiran hujan, sebaliknya saudara kita di Kelantan, Malaysia, telah ditimpa dengan ujian banjir besar yang disebabkan hujan lebat yang dibawa angin monsun timur laut.


      Setakat ini pada 3 Januari 2017, mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 6110 orang daripada 1950 keluarga pada petang tadi, 10 pusat pemindahan baharu juga telah dibuka. Selain itu, sebanyak 48 buah sekolah juga ditutup berikutan banjir yang belum surut di negeri ini.

      Oleh itu Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) melahirkan rasa simpati di atas musibah yang melanda kepada saudara-saudara kita di negeri Kelantan. Justeru, kami juga berharap agar mangsa sentiasa tabah dalam menempuhi ujian yang melanda serta dipermudahkan segala urusan.

Sumber daripada: Astro Awani

Disediakan oleh,
Unit Wilayah Multimedia Centre (WIMAC),
Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]