[BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP MENJANA KREATIVITI AHLI]



31 JANUARI 2017, Kaherah - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan satu kelas kemahiran suntingan asas iaitu Kelas Adobe Photoshop. Sasaran utama program ini adalah untuk mahasiswa/wi baharu khususnya dan kepada mahasiswa/wi BKAWM yang lain amnya. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah saudara Amirul Arif bin Shukri selaku Ketua UPP BKAWM sesi 2016/2017.

Antara hadaf utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas mengenai Photoshop turut disertakan beberapa teknik dan kaedah bagi peserta aplikasikan dalam pembikinan iklan. Seramai 23 orang peserta dari kalangan siswa dan siswi yang telah menyertai kelas ini.

Kelas ini dibahagikan kepada 2 slot, slot pertama adalah penerangan mengenai kaedah asas Photoshop dan pada slot kedua para peserta diberi sedikit latihan dalam pembikinan iklan yang dipandu oleh tenaga pengajar sendiri.


Di akhir pembelajaran, tenaga pengajar telah memberikan sedikit kata-kata semangat kepada peserta supaya mereka terus berusaha dalam meningkatkan dan mendalami kemahiran Photoshop.

Semoga dengan program yang diadakan ini, para peserta serta ahli dapat mengamalkan apa yang dipelajari seterusnya mejana tahap kreativiti ahli.



Disediakan oleh,
Setiausaha UPP BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]