[KALAM PIMPINAN: TIMBALAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2016/2017]



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang menciptakan kita daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang manusia yang beriman kepadaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat. Semoga kita dalam kalangan yang mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Alaq:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)


Apabila ditanya zaman sekolah dahulu berkenaan dengan hobi, rata-rata jawapan yang akan dijawab ialah membaca buku.
Berlalunya masa, tidak dapat tidak, membaca menjadi tidak asing lagi terutama buat diri kita selaku mahasiswa/wi yang menuntut di bumi Mesir ini.

Aktiviti membaca tidak seharusnya menjadi suatu hobi lagi kerana sebagaimana yang ditulis dalam salah satu karangan Dr Raghib as-Sarjani, iaitu membaca sepatutnya menjadi salah satu kewajipan dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, aktiviti makan dan tidur merupakan satu perkara yang asasi bagi manusia. Jika kita tidak makan dan minum, maka kita akan mati. Begitu juga yang patut kita lakukan dengan membaca.

Jika kita cuba teladani zaman Khilafah Abbasiyah yang merupakan kemuncak keilmuan pada waktu tersebut. Maka, kita perlu timbulkan persoalan, apakah faktor yang mendorong kota Baghdad menjadi pusat keilmuan? Jawapannya, tidak lain tidak bukan, ramai dalam  kalangan umat Islam pada ketika itu yang rajin berusaha mencari dan menguasai ilmu di serata dunia.

Justeru itu, usul yang disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) kali ke-18 telah menyentuh berkenaan peningkatan thaqafah dan akademik. Tidak dapat tidak, bagi menjayakan usul tersebut perlu dilaksanakan oleh semua pihak dengan perbuatan membaca.

Dengan ini, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi agar menjadikan aktiviti membaca ini sebagai rutin harian kalian bagi menambahkan thaqafah sepertimana yang dituntut oleh Allah SWT. Semoga dengan tambahnya pembacaan kita, mampu menyumbang kepada masyarakat dan menaikkan keizzahan lagi agama Islam di tanah air kita.

Disediakan oleh,
Amirul Hakim bin Mohd Razib
Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017

“Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]