[KALAM PIMPINAN : MUDA MASA BERHARGAMU]




Masa muda adalah masa yang paling berharga bagi setiap manusia. Amatlah rugi sekiranya masa muda dibazirkan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Masa muda adalah masa yang terbaik untuk mempelajari dan menguasai sesuatu bidang ilmu. 

“Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang, adalah dia meninggalkan perkata yang tidak berguna baginya.” (Hadis Hasan)

Seorang pemuda seharusnya bijak dalam menguruskan diri sendiri agar seimbang dalam semua bidang. Tugas utama menuntut ilmu tidak diketepikan, dalam masa yang sama  ilmu kemahiran diasah dan diceburi. Di dalam turutan 10 muwasofat tarbiah dalam matan “Memberi manfaat kepada orang lain” adalah suatu yang dituntut. Mereka seharusnya bijak menempatkan diri dalam kalangan masyarakat.  


“Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran (3)” (Surah al-Asr)

Sikap tidak suka membuang masa dan tidak suka bertangguh dalam pekerjaan merupakan sikap yang perlu diterapkan dalam diri anak muda. Masa yang ada, benar-benar digunakan dengan aktiviti yang berfaedah. Tugas yang sedia ada, disusun satu persatu dengan bijak agar tiada yang tertinggal haknya untuk ditunaikan. Seperti kalam saidina Ali RA:

“Kebenaran yang tidak tersusun, akan dapat dikalahkan dengan kebatilan yang tidak tersusun.”

Melalui kalam hikmah ini, jelaslah bahawa sikap bertangguh dan pengurusan diri yang tidak tersusun akan memberi impak yang buruk kepada diri seseorang. Ingatlah, musuh Islam itu sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk menjatuhkan Islam pada zaman ini. Apakah kita masih mahu terus lena diulit mimpi?

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama menyingkap kembali sejarah pembukaan kota Konstantinopel yang berjaya ditakluk oleh seorang pemuda yang bernama Sultan Muhammad al-Fateh dengan strateginya yang memindahkan 70 buah kapal layar dengan melalui jalan daratan dalam satu malam. Kemenangan ini tidak akan berhasil melainkan dengan pertimbangan kebijaksanaan dan pertolongan daripada Allah SWT. Beliaulah sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-baik tentera.

Nur Hafizah binti Mohamad Rahman,
Timbalan Setiausaha Agung BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]