[BERITA : WILAYAH PERSEKUTUAN ACTIVIST GATHERING]


KAHERAH, 28 Mac 2017- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan satu program yang berobjektifkan untuk meraikan ahli yang komited dengan BKAWM. Program yang dinamakan Wilayah Persekutuan Activist Gathering telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’ bermula pada waktu petang sejurus selepas sesi perkuliahan.




Program dimulakan dengan  tazkirah yang disampaikan oleh saudara Kaliem Rabbani bin Abdul Rashid selaku Penasihat BKAWM. Sejurus selepas solat maghrib, aktiviti diteruskan dengan Forum Motivasi Imtihan yang bertajuk “ Ganbatte Kudasai- Togther We Reach The Top” dibawah kelolaan Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2016/2017. Forum ini menampilkan pengisi daripada Universiti Kaherah iaitu saudari Uswatul Hasanah binti Suhaimi dan  Setiausaha Agung BKAWM sesi ini iaitu saudara Muhammad Shafie bin Abdul Halim sebagai ahli panel. Forum diceriakan lagi dengan perwatakan mesra saudari moderator Alia Yasirah bt Sabri yang tidak asing lagi dalam kalangan ahli BKAWM.


Forum yang berlangsung merangkumi 3 pusingan dan dijawab oleh panel bahkan berjaya mewujudkan interaksi dua hala dengan pendengar dari kalangan ahli. Pelbagai input menarik yang boleh didapati sepanjang forum berlangsung. Antaranya ialah ilmu itu terbahagi kepada dua: short-term dan long-term. Maka ilmu yang berkat itulah ilmu long-term. Saudari Uswatul Hasanah juga menekankan supaya sentiasa mengisi masa ketika malas belajar dengan melaksanakan hak kepada Allah SWT dan bukannya membazir masa pada perkara yang melalaikan.



Setelah solat isyak, program telah sampai kepada kemuncaknya iaitu Slot Muhasabah Separuh Penggal BKAWM sesi 2016/2017. Slot ini telah membuka ruang kepada ahli untuk memberi muhasabah dan cadangan penambah baikan kepada AJKT dan HEWI BKAWM setelah hampir 6 bulan kepimpinan. Pelbagai cadangan dan muhasabah yang dilontarkan menunjukkan kecaknaan ahli kepada BKAWM supaya terus memantapkan gerak kerja bagi separuh sesi berbaki.

Setelah selesai slot Muhasabah Separuh Penggal, telah berlangsungnya penyampaian sijil kepada Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Program bagi separuh sesi ini. Program yang terlibat ialah:
1) Jejak Auliya’ Kaherah ‘16
2) Apprentice the 18th siri 1
3) Kembara Sinai ‘17
4) Jawatankuasa Perpindahan Asrama
5) Apprentice the 18th 2.0
6) Wilayah Super Bazar 2017(SUPERB ’17)


Program diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah  Aktivis Terbaik Separuh Penggal siswa dan siswi yang disandang oleh saudara Abdul Syahid bin Abdul Ahad dan Saudari Nurul Izzah Atiqah binti Bahtiyar. Program diakhiri dengan tayangan video rasmi BKAWM sesi 2016/2017 dan video program sepanjang separuh penggal serta sambutan hari jadi dan jamuan makan malam.

Semoga dengan program seperti ini, dapat mengeratkan hubungan ukhuwah yang sekian lama terjalin dalam kalangan ahli BKAWM. 

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

1
 




Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]