[ISU SEMASA : SERANGAN GAS BERACUN DI SYRIA]




Selasa, 4 April 2017, Bandar Khan Sheikhun, barat laut Syria, sekurang-kurangnya 58 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan gas beracun yang dilepaskan beberapa jet pejuang. Tindakan itu juga menyebabkan puluhan lagi mengalami masalah pernafasan serta simptom muntah dan mulut berbuih.



Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan mangsa kejadian meninggal dunia akibat kesan gas toksin, walau bagaimanapun jenis gas beracun yang digunakan masih tidak dapat disahkan. SOHR juga tidak pasti sama ada pesawat yang terlibat dalam serangan itu milik tentera Syria atau sekutunya, Rusia.


Laporan serangan gas itu dibentangkan pada permulaan sidang dua hari anjuran Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Brussels semalam bagi membincangkan masa depan Syria.


Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyeru supaya sama-sama kita mengambil tahu serta mendoakan kesejahteraan saudara kita. 

Disediakan oleh,
Unit Wilayah Multimedia Centre (WIMAC),
Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2016/2017


"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
 

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]