[KALAM PIMPINAN : ADAB MENUNTUT ILMU]


Firman Allah:

(وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا ۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ)

"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran".

(Surah al-Ahqaf ayat 29)

Pada ayat ini, Allah SWT merakamkan sifat pujian terhadap sekumpulan jin dimana mereka bersungguh untuk mendengar kalam Allah SWT yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW. Pada ayat ini juga dapat kita lihat adab dalam menuntut ilmu iaitu memberi sepenuh perhatian kepada apa yang ingin disampaikan, bahkan mereka memberi pesanan kepada rakan lain yang hadir supaya diam dan fokus kepada pengajian.



Seterusnya Allah merakamkan lagi perbuatan terpuji mereka didalam ayat yang sama dimana mereka memberi 'Inzar' iaitu peringatan kepada kaum mereka tentang kebenaran Islam dan balasan bagi mereka yang menolak kebenaran ini.

Seharusnya kita selaku manusia mengambil contoh daripada sikap terpuji kaum jin sebagaimana yang disebut di dalam ayat di atas iaitu beradab dalam menuntut ilmu, fokus dalam pengisian yang diberikan dan seterusnya menyampaikan apa yang kita terima kepada masyarakat.

Namun begitu, didalam kita menyampaikan kebaikan, ada susunan adab yang perlu kita tempuhi. Antaranya ialah menyampaikan ilmu sekufu dengan taraf keilmuan pendengar. Sebagai peringatan, jangan menyampaikan ilmu daripada sesuatu yang kita jahil padanya.

Kesan tidak menyampaikan ilmu akan mendapat laknat Allah SWT sepertimana golongan  yahudi dan kesan menyampaikan ilmu daripada apa yang kita jahil padanya pula ialah terjadinya kesesatan umat 'Nasara' (Kristian) dimana kedua-dua golongan ini di sebuat diakhir Surah al-Fatihah.

Jadi, saya menyeru kepada semua khususnya penuntut ilmu supaya sama-sama menjaga adab dalam menuntut ilmu kerana disana banyak keberkatannya.

Sekian.

Disediakan oleh:
ADAM SYUKRI BIN MOHAMAD
BENDAHARI AGUNG,
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR
SESI 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]