[ KALAM PIMPINAN : KEBERKATAN DI SEBALIK UJIAN ]





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pencipta segala makhluk, sungguh tidak ada tuhan selain Dia. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya. Semoga Allah menilai tulisan ini sebagai satu sumbangan yang kecil untuk menguatkan jiwa-jiwa kita dalam menghadapi  tempoh ujianNya.

Sebelum masuk kepada perspektif keberkatan, mari kita menghayati dahulu apa itu ujian yang sebenarnya. Adakah ianya satu perkara yang sengaja  Allah datangkan kepada kita? Tidak. Ayat berkaitan ujian yang dirakamkan di dalam al-Quran bukanlah sengaja diturunkan, tetapi untuk Allah SWT menguji hambaNya sejauh manakah Allah SWT di hati kita.

Ujian itu tidak berfokus kepada bala bencana yang diturunkan Allah SWT sahaja bahkan, ujian yang terbesar bagi yang bernama manusia adalah kebahagiaan, kekayaan dan kesenangan. Mengapa saya kata begitu? Ya, kerana bilamana kita berada di ‘zon selesa’, maka boleh jadi sedikit sebanyak kita melupakan Allah SWT. Kita lupa siapa yang kurniakan kesenangan kepada kita, kita lalai sehinggakan kita abaikan orang di sekeliling kita. Lihat sahaja isu Palestin, Syria, Burma dan negara-negara Islam lain yang ditindas. Di manakah kita pada waktu ini, masing-masing hebat mengatakan “sudah takdir mereka jadi begitu, apa boleh buat.” Satu ujian bagi kita bukan? Ujian hati yang boleh menjadikan kita kufur kepada Allah SWT. Sepatutnya kita menyahut seruan Allah yang mengatakan dalam firmanNya:

((وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ ))

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai."
[Surah ali-Imran, ayat 103]

Jika kita lihat, sekiranya salah satu daripada Badan Kebajikan Anak Negeri diberi ujian oleh Allah sama ada ujian berbentuk fizikal ataupun mental, pasti adik-beradik yang lain setia membantu. Kesatuan yang dibina berdasarkan aqidah yang mantap menghasilkan ukhuwah yang teguh. Bak kata pepatah melayu, “air dicincang takkan putus”.

Sayugianya, ujian itu akan hadir, hatta dalam sekecil perkara sekalipun. Tetapi siapa tahu, di sebalik ujian itu terpalit keberkatan. Barakah yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah nilai yang kecil bahkan, ianya adalah satu nikmat. Tanpa sedar segala dosa kita dihapuskan dengan ujian kecil dan kesabaran kita di atas ujian tadi.

Firman Allah SWT:

((أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ))

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
[Surah al-Ankabut, ayat 2]

Manusia fitrahnya inginkan kebahagiaan. Tetapi manusia yang beriman akan merasakan tidak bahagia sekiranya tiada ujian yang ditimpanya. Dia merasakan tidak senang kerana menganggap Allah SWT tidak lagi menyayanginya. Bukankah Allah SWT turunkan ujian atas sebab sayang dan kasihNya pada kita sebagai hambaNya?

Jadi, kebahagiaan itu bukanlah hanya berada di hujung jalan, tetapi di sepanjang jalan. Berbahagialah di setiap perjalanan kehidupan bersama persatuan Islam khususnya. Jadikanlah persatuan kecil kita ini, BKAWM sebagai platform untuk menguatkan hati-hati kita yang lemah saat diuji, kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berjemaah itu rahmat dan berpecah itu azab”.

"Memurnikan Pemikiran, Melestaikan kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
"Satu Fikrah, Satu Amal"

Disediakan oleh:
Nor Shafiqah bt Sazali,
Naib Pengerusi HEWI BKAWM sesi 2017/2018

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]