[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ]



[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ]

Terlalu ramai ulama yang sudah menulis kesan buruk ikhtilat tidak syari’e. Tetapi, ramai yang tidak endah dan menganggap ia seolah-olah perkara kecil.
Kalau kita tidak menjaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Apabila mata suka memandang kepada ajnabi,
Apabila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
Apabila telinga suka mendengar suara ajnabi,
Apabila tangan suka bermesej dengan ajnabi,
Apabila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
Apabila diri suka meraih perhatian ajnabi,
Maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.

Namun, isu ikhtilat ini masih dianggap remeh, bahkan ramai “pendakwah muda” yang tidak menjaga perkara ini, berpasangan islamik dan sebagainya. Sangat parah. Kalau pendakwah pun begitu, bagaimana pula orang awam?

Adakah kita hanya mampu melihat?
Ingatlah Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 78 dan 79:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

“Telah dilaknat orang-orang kafir dari bani Israil dengan lisan Nabi Daud dan Nabi Isa putera Maryam. Demikian itu sebab mereka durhaka dan melampaui batas.”

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka perbuat.”

Rasulullah SAW menganjurkan hisbah dan memberi peringatan atas mengabaikannya dalam kehidupan manusia.
Dari ummul mukminin Aisyah RA bahawa dirinya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Serulah kepada yang makruf dan cegahlah daripada yang mungkar sebelum kamu berdoa lalu tidak dikabulkan.” (HR. Ibnu Majah)

Ustaz Ali al-Khafif mengatakan bahawa al-hisbah ialah menyeru pada yang makruf apabila telah nyata ditinggalkan dan mencegah yang mungkar apabila telah nyata dikerjakan.


Disediakan oleh:
Unit Hisbah, Jabatan Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]