[ BERITA: WILAYAH PERSEKUTUAN BAZARIA 2018 (WAZE '18) ]






[ BERITA: WILAYAH PERSEKUTUAN BAZARIA 2018 (WAZE '18) ]

Kaherah , 21 Mac 2018 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2017/2018 telah mengadakan satu program mega iaitu Wilayah Persekutuan Bazaria 2018 (WAZE '18) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie'. Program telah berlangsung selama 4 hari pada 17 Mac hingga 20 Mac 2018.





Sejajar dengan Tema Program iaitu Ekonomi Islam Diperkasa, Suasana Mahabbah Dicipta, objektif program WAZE '18 ini diadakan adalah untuk menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM,  Menerapkan sikap profesionalisme dalam perniagaan, memberi kefahaman nilai-nilai ekonomi berlandaskan Islam kepada ahli serta membuka ruang kepada ahli BKAWM untuk menjana kewangan sekaligus dapat mewujudkan susana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir.





Jualan bazar WAZE '18 bermula pada jam 1:00 tengahari sehingga 10:00 malam. Terdapat 8 buah gerai telah disediakan, 3 buah gerai dikelolai sendiri oleh ahli BKAWM dan 5 buah gerai kepada ahli bukan BKAWM. Unit Ekonomi BKAWM dan Unit Promosi WAZE '18 juga turut tidak ketinggalan dengan membuka gerai jualan di ruang kaki lima Asrama Baharu Wilayah Persekutuan di Mesir.





Sepanjang program WAZE '18 dijalankan, beberapa slot pengisian diisi khusus kepada para pengunjung, antaranya slot unit biah solehah yang disampaikan oleh saudara Sheikh Muhammad Faiez bin Muhammad Nasir dan slot audio yang menerangkan tentang penggunaan bit coin.



Selain itu, beberapa aktiviti menarik turut diadakan untuk para pengunjung yang datang seperti flip bottle, teka rempah ratus, teka air, pertandingan masukkan benang ke dalam jarum dan pertandingan pong - pong. WAZE '18 diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada gerai terbaik yang disandang oleh gerai "Counter Strike Tausil.”



Semoga dengan adanya program sebegini, ia dapat meningkatkan kekuatan kesatuan dan dapat menerapkan nilai-nilai ekonomi Islam kepada diri kita sebagai seorang muslim serta segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.



Disediakan oleh:

MUHAMMAD SYAZWAN BIN ZULKIPLI
Setiausaha Wilayah Persekutuan Bazaria 2018 (WAZE '18).


"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]