[ KALAM PIMPINAN: PEMIMPIN YANG HEBAT LAHIR DARIPADA RAKYAT YANG HEBAT ]

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, keluarganya serta para sahabat. Firman Allah SWT: Dan (ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat): "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan Kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" . Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al-Baqarah: 30) Ayat di atas menjelaskan bahawasanya Allah menciptakan manusia sebagai khalifah dan pemimpin. Maka jelaslah bahawa besarnya amanah dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin di bumi ini. Sepertimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW: "Setiap kalian adalah pemimpin d...