[ KALAM PIMPINAN: PEMIMPIN YANG HEBAT LAHIR DARIPADA RAKYAT YANG HEBAT ]



Bismillahirrahmanirrahim

    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, keluarganya serta para sahabat.

Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat): "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan Kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" . Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan  yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al-Baqarah: 30)

    Ayat di atas menjelaskan bahawasanya Allah menciptakan manusia sebagai khalifah dan pemimpin. Maka jelaslah bahawa besarnya amanah dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin di bumi ini.

    Sepertimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW: "Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpin". Jadi, bagaimana seorang pemimpin dapat menjadi pemimpin yang hebat? Pertama, pemimpin perlulah berjiwa seorang pendidik sepertimana yang disebut dalam kitab "Qiyadah Muathirah", pemimpin yang murabbi adalah yang memahami sasaran, tujuan dan tahap-tahap tarbiyah. Kedua, pemimpin yang berjiwa seorang pengajar mestilah menggunakan beberapa wasilah untuk meraih tujuan pengajiannya seperti cinta pada pekerjaannya, bertanggungjawab dan mempunyai semangat berorganisasi.

    Berdasarkan sifat-sifat berikut, rakyat pasti terkesan dengan sifat-sifat pemimpin sebegini. Tidak mustahil akan lahirnya rakyat dan pemimpin yang hebat. Mana mungkin seseorang pemimpin itu dapat memimpin dengan sendiri, akan tetapi ia memerlukan rakyatnya untuk bersama-sama dalam melaksanakan tugas kepimpinannya.

    Oleh itu, dapat saya kaitkan dengan kisah Sultan Muhammad al-Fateh, yang mana kepimpinan beliau dimulakan dengan tentera yang hebat seperti sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera." Tentera dan rakyat memainkan peranan penting dalam melahirkan pemimpin yang hebat kerana ia wujud dari kalangan rakyat itu sendiri. Suatu organisasi itu ibarat sebuah kerusi, ada tempat duduk, tempat menyandar, pemegang dan empat kaki. Kerusi itu tidak akan sempurna tanpa salah satu ciri-ciri di atas. Jadi, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Biarlah kita menjadi kaki atau tempat pegang saja, tapi ketahuilah betapa besarnya peranan mereka. Namun, mungkin ada yang merasakan bahawa kaki itu menjadikan tahap kita di bawah, tetapi sebenarnya itu merupakan struktur yang paling kuat pada kerusi, tanpanya maka rapuhlah sesebuah organisasi.

    Justeru itu, sebagai ahli BKAWM, jelaslah betapa pentingnya kita dalam kesatuan ini kerana kita merupakan anak kapal bagi bahtera kepimpinan BKAWM.


Disediakan oleh:
AMIRAH UZMA BINTI MOHAMMAD SHARIFUDDIN,
Timbalan Bendahari Agung BKAWM sesi 2018/2019

“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]