[ BERITA: MAJLIS GRADUASI BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 ]

KAHERAH, 22 November 2020, - Majlis Graduasi 2020 anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah berjaya dilaksanakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Program ini telah berlangsung dari jam 12.30 tengah hari sehingga 8.00 malam. Ahli Jawatankuasa Pelaksana program ini terdiri daripada 8 orang.


   Objektif majlis ini adalah untuk meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang telah tamat pengajian. Seramai 14 graduan siswa dan 16 graduan siswi menyertai Majlis Graduasi 2020 ini. 


Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Encik Muhammad Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian anugerah bagi mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir.


Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua graduan yang hadir. Sepanjang majlis berjalan, semua peserta mengikuti SOP yang sesuai dengan norma baharu COVID-19.


  Pihak program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana program yang bertungkus-lumus menyumbang masa dan tenaga demi menjayakan majlis graduasi ini. Tidak lupa juga kepada yang menyumbang dana dan tenaga secara langsung ataupun sebaliknya. Semoga dengan usaha yang termampu ini Allah menerima sebagai amal kebaikan.



Disediakan oleh: 

Muhammad Fikri Bin Zaradi,

Setiausaha,

Majlis Graduasi 2020,

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020. 


“Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan”

“BKAWM Keluarga Kita”

“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]