[ BERITA: PERTEMUAN ANTARA BKAWM DAN KSMR MESIR ]


[ BERITA: PERTEMUAN ANTARA BKAWM DAN KSMR MESIR ]

KAHERAH, 22 FEBRUARI 2022 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Kelompok Studi Mahasiswa Riau Mesir (KSMR) bertempat di Bilik Tutor, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu. Pertemuan ini bertujuan untuk kolaborasi dalam program kesenian dan kebudayaan yang akan dianjurkan oleh KSMR.

Pertemuan dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, kemudian bacaan ayat al-Quran yang telah dialunkan oleh saudara Rizki Hidayatullah dan pertemuan ini diteruskan lagi dengan sesi perkenalan portfolio di antara BKAWM dan KSMR.


Seterusnya, Wakil Gabenor KSMR, saudara Rido telah menyampaikan ucapan sekaligus memperkenalkan Persatuan KSMR diiringi ucapan Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022, saudara Muhammad Faiz bin Mohamad Shaharin. Pertemuan diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh saudara Indri Wahyudi dan diakhiri dengan ramah mesra.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan layanan baik yang telah diberikan. Semoga hubungan baik yang dijalinkan ini terus berkekalan.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD NU'MAN ZAFRI BIN MOHD NAZIR
Setiausaha,
Jabatan Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022

“Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]