[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]


[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Firman Allah SWT:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ ﴿ ٢٠٨ ﴾ 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

[ Surah al-Baqarah: Ayat 208 ]

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. 

Dengan berlalunya imtihan fasa satu baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 11 Februari 2022.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturahim. Dan semoga juga, Allah mengurniakan keputusan yang baik untuk peperiksaan yang lalu.

AMIRUL AMRI BIN ASAT,
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan,
BKAWM sesi 2021/2022.

“Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah